PKP 3.0 akan dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula pada 12 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021. Ya Allah, tiada kata dapat diungkapkan. Bertabahlah kita semua, ujian dari Allah untuk kita semua.Insya Allah kita pasti dapat melaluinya sekali lagi.
Sedih sebenarnya, tahun ke-2 tak dapat berbuka bersama keluarga. Tahun ke-2 tak dapat beraya bersama ibu bapa di kampung. Ramai yang koyak emosi dan tertekan termasuklah ibu. Semoga Allah kuatkan hati ibu dan korang semua.
Beruntungnya mereka yang tinggal berhampiran dengan keluarga masing-masing. Rezeki dari Allah tu. Alhamdulillah.
Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah dalam bulan yang penuh keberkatan ini agar virus ni Allah angkat dan dihapuskan segera dari muka bumi ini. Mana tahu ada dikalangan korang diangkat doanya. Amin.
Ibu doakan korang baik-baik saja sepanjang PKP ni. Jika ada yang memerlukan bantuan kerana tertekan korang boleh hubungi talian di bawah.
Jaga jarak, jaga diri, jaga SOP. InsyaAllah, Allah jaga kita. Jangan putus berdoa.
Ulasan
Catat Ulasan