Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Pertama Menyusu

Pengalaman menyusu ketika anak sulung. Kelakar bila ingat balik. 

Ibu masa mengandungkan along memang dah pasang niat nak susukan anak 2 tahun. 

Adalah dengar kelas penyusuan ketika check up di klinik. Lepas tu, ibu ada la cari juga info-info tentang penyusuan.

Anehnya bila along lahir, ibu blank. Apa nak buat, kebetulan along ni punyalah baik langsung tak menangis kat wad. 

Kononlah terfikir, baiknya anak ibu ni. Padahal anak nak kena kuning dah. Agaknya sebab terlalu penat ibu hanya susukan along beberapa kali sahaja.

Pagi-pagi kakak angkat ibu sampai, hantar nasi dengan lauk mak buat. Dia tengok baby, dia tanya. Sudah berapa kali kau susukan kau.

Dengan blur-blur ibu cakap tak tau. Terkejut dia, terus dia belek anak. Kebetulan baby baru lepas buang air besar. 

Dia ajar, najis warna ni baby belum cukup susu. Kau susukan baby banyak-banyak setiap 2 jam. Alhamdulillah, hari yang sama ibu keluar wad.

Ok fast forward, selepas 2 hari. Ibu ada bertanya pada kakak, kenapa susu macam tak keluar. Dia suruh check nipple, cuci. Kadang-kadang tersumbat jadi susu tak keluar.

Ibu buat macam-macam tau. Ngurut, mmg banyakkan susu tapi bengkak pula sebab susu tersumbat tak keluar.

Jadi, kakak minta izin nak check. Oohh...lupa kakak ni memang kerja dewan bersalin kat hospital. Rupanya mata tak banyak atau bahasa mudah tersumbat. 

Jadi dia minta ibu perah susu pakai tangan, guna teknik marmet. Huhu...ibu tak pandai kot. 

Kakak kata takpe, kita cuba pakai pam susu boleh ke tak. Selalunya kita tak galakkan pam takut nipple luka. Cubalah pakai pam susu kakak bagi. 

Betul cakap kakak, memang luka. Jadi ibu berhenti pam. Belajar buat marmet dengan kakak. Alhamdulillah berjaya. 

Dalam masa yang sama, kakak ajar rendam nipple dengan air suam, bagi kutikal yang tebal tu keluar. Alhamdulillah berhasil.

2 minggu ibu melalui fasa sakit nak mulakan penyusuan. Susah rupanya nak susukan anak ni. 

Ok, lepas tu ibu berdepan masalah baru. Luka berdarah tak boleh nak susukan baby. Buat petua sapu susu keliling puting dan anginkan pun buat. 

Last sekali, kakak kata mari aku nak tengok lekapan baby betul ke. Lepas tu dia komen, gaya mulut ikan tu dah betul. 

Kakak cuci tangan, pastu dia ambil baby dan masukkan jari kelingking dalam mulut baby. Rupanya baby tak pandai sucking  Sebab tu puting luka. 

Kakak kata, kena ajar baby sucking dulu sebelum susukan. Alhamdulillah, lepas tu memang takde luka dah. 

Ya Allah, mencabar rupanya nak menyusukan baby. Dulu ibu duk ingat nak menyusu ni natural tak payah belajar pergi kelas bagai.

Ibu bersyukur, kakak banyak mengajar cara-cara menyusukan anak. Oohh..kakak juga yang sambut baby di labour room. Kebetulan shift dia, masa ibu nak bersalin tu. 

Alhamdulillah, syukur rezeki. Ibu memang berterima kasih dengan kakak. Orang yang mengajar ibu tentang penyusuan. 

Kakak pesan, nak menyusu kena kuat, kena berani dan jangan putus asa. Sentiasa doa, minta Allah bagi rezeki pada kita agar dapat susukan anak sampai 2 tahun.

Oohhh...lepas tu, bila naik kerja ibu belajar pula cara nak handle susu. Ya Allah..nanti ibu cerita pula, pengalaman ni.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Daftar Ahli Forever Living

Cara Daftar Ahli Forever Living . Macam mana caranya? Korang nak tahu tak. Sebenarnya cara nak daftar ahli forever living ni mudah je. Bagaimana cara nak jadi ahli Forever Living 2021. Tahun ni la kan. Rugi tau korang kalau tangguh-tangguh. Senang je korang. Untuk daftar ahli Forever Living 2021 yuran yang diperlukan ialah sebanyak RM 90. Antara perkara penting yang ibu nak nanti korang bagi kat ibu  Maklumat diri  Salinan I/C depan belakang Alamat emel Yuran keahlian RM 90 Selepas selesai daftar ahli, korang akan dapat ID Forever Living (FL). Korang boleh muat turun aplikasi Forever2u dari Google Play. Korang akan dapat e-voucher bernilai RM 50, RM 20 dan RM 20.  Untuk belian kali pertama korang terus dapat diskaun sebanyak 5% dan korang boleh tebus e-voucher RM 50 bagi pembelian RM 100 ke atas. Best ke Best. atau  Lepas tu korang boleh upgrade jadi ahli VIP Forever Living. Ahli VIP Living ni korang akan dapat 30% diskaun seumur hidup ye korang. Macam mana nak jadi ahli VIP Forever, a

Set Basic Detox Forever Living

 Set Basic Detox Forever Living.  Antara kebaikan set detox ini ialah untuk kesihatan dalaman dan luaran kita. Antara tanda-tanda badan kita banyak toksin ialah: Kita selalu rasa lemah, lesu, mengantuk dan lemau Kita akan cepat lapar, asyik craving tak habis-habis atau kejap-kejap nak makan Ada masalah obesiti dan perut buncit  Malas nak bangun tidur Ada masalah badan berbau atau nafas berbau Kerap kembung perut selepas makan Ada masalah jerawat, kulit muka kusam, masalah jeragat serta kulit kering Mengalami masalah sembelit atau sukar membuang Mudah sakit kepala Mengalami masalah rambut kering atau gugur Selalu kurang selera makan Apa korang nak buat? Korang boleh cuba Set Detox Forever Living ni, memang sangat membantu tau. SET DETOX FOREVER LIVING  Apa yang ada dalam set basic detox ni. Kita ada  Forever Aloe Vera Gel  dan  Forever Living Arctic-Sea . Mengapa Forever Living Aloe Vera Gel aka AVG ni. Ok, meh ibu bagitau kenapa. Antara adalah kerana kandungan yang terdapat di dalam F

Forever Living Aloe Gel

Forever Living Aloe Vera Gel atau si botol kuning ni. Antara produk Forever Living yang paling laku keras.  Serius tau, ibu tak tipu. Ramai orang suka Forever Living Aloe Vera Gel ni. Makanan tambahan paling senang nak makan. Paling mudah nak sediakan.  Korang tuang je dalam cawan dah siap untuk di minum. Senangkan, tak yah nak bancuh-bancuh bagai. Nak goncang-goncang bagai. Ya Allah, ibu memang dah lama duk usha botol kuning ni.  Banyak rupanya khasiat Forever Living Aloe Vera Gel ni.  Forever Aloe Vera Gel ni boleh membantu usaha kita untuk atasi : ✓ masalah perut buncit ✓ perut buncit ✓ sentiasa letih lesu ✓ ada masalah tidur malam ✓ sembelit ✓ kolestrol tinggi ✓ gastrik ✓ kencing manis ✓ darah tinggi ✓ asma ✓ kulit sensitif ✓ jerawat ✓ rambut gugur ✓ kelumumur Jangan terkejut tau, lepas amalkan dengan konsisten. Hasilnya memang terbaik. Tak menyesal amik Forever Living Aloe Vera Gel ni. Nanti ibu kongsi testimoni Forever Living Aloe Vera Gel ni kat korang. Jom korang mai order...kl